CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Assalamualaikum & salam hormat buat semua pelanggan & pengunjung D'Rayyan Haus,

1. semua item yg dijual di sini adalah 'ready stock' kecuali dinyatakan.

2. Tempoh booking 2 HARI (48jam). Jika tiada pembayaran di buat dlm tempoh tersebut, item akan di buka untuk org lain yang berminat KECUALI ada perjanjian melalui email/sms..

3. Atas permintaan, kami mengalu-alukan pembelian secara MIX WHOLESALE (tertakluk kepada MOQ dan item mestilah dlm 1 kategori yg sama)

4. Sila check SPAM BOX anda jika tidak mendapat maklum balas dari kami.Kami cuba utk membalas email anda secepat mungkin.Anda boleh SMS 016-3116707 untuk respon order yang cepat.

'FOR SERIOUS BUYER ONLY!'

Item akan di tambah dari masa ke semasa..sila klik pada older post utk item2 terdahulu..kunjungilah blog kami selalu!!

thank you for all your support & happy shopping

Our New Shop..Baju Bundle Kanak-kanak

Search This Blog

Tuesday, December 15, 2009

Promosi Pembukaan D'Rayyan Haus


JUALAN MURAH....
Promosi sah sehingga 16 Januari 2010


Tempoh promosi dilanjutkan sehingga 31 Januari 2010..


Atas permintaan dan respon positif daripada pelanggan, kami telah bersetuju untuk menetapkan harga RM29/pc (termasuk 2 insert) sehingga diberitahu kemudian.Anda juga berhak untuk menerima harga borong yang jauh lebih murah sekiranya membeli pada kuantiti yang ditetapkan oleh pihak kami. Kami juga mengalu-alukan mereka yang ingin menambahkan pendapatan dengan menjual Cloth diapers.Harap maklum


Sila hubungi kami: 

Pn.Asni Selamat 
+60163116707
asniselamat@gmail.com



Semua jenis Babyland Cloth Diapers dijual pada harga yang sama!!



N.P
RM35/Pc
Now
RM29/pc
(with 2 inserts)


Babyland plain
Stock Available Colour : green,blue,purple,pink,orange,red,yellow







Babyland Cartoon
Stock Available: spongebob and blue monkey. 






Babyland Swirly
Stock Available : Pink Swirly




 
Ciri-Ciri Istimewa Babyland Cloth Diapers

  • bahagian luar PUL yang kalis air (waterproof)
  • bahagian dalam ialah microfleece yang membuatkan bayi sentiasa kering dan selesa
  • insert yang terdiri daripada 3 lapisan microfiber untuk menyerap air kencing bayi.
  • Sesuai untuk berat bayi dari 3-13kg
  • Boleh ‘adjust’ saiz S,M dan L



Jika berminat, sms/email detail order ke:-

H/P no : +60163116707
email : asniselamat@gmail.com
YM : asnie06

Sunday, December 13, 2009

Contoh Jadual Penggunaan Cloth Diapers Harian

Jadual penggunaan CD harian ni sekadar contoh berdasarkan pengalaman ibu bapa yang telah menggunakan CD. Ia bergantung kepada tahap kebasahan CD. Kalau anak anda kerap kencing dengan banyak, jadi CD dan insert perlulah ditukar dengan kerap untuk mengelakkan ruam.

 
Masa Penggunaan Cloth Diapers
6 pagi - 9 pagi 1 CD dengan 1 insert
9 pagi - 12 tghari 1 CD dengan 1 insert
12 tghari - 3 ptg 1 CD dengan 1 insert
3 ptg - 6 ptg 1 CD dengan 1 insert
6 ptg - 9 mlm 1 CD dengan 1 insert
9 mlm - 12 mlm 1 CD dengan 1 insert
12 mlm - 6 pagi 1 CD dengan 2 insert
Jumlah Penggunaan Sehari 7 pocket CD, 8 insert

Saturday, December 12, 2009

Cara-cara membasuh Cloth Diapers

Apa yang perlu anda lakukan  setelah membeli cloth diaper?


Penggunaan kali pertama
  1. Lakukan prewash sekurang-kurangnya 3 kali basuhan.Ulang langkah kedua dan ketiga dibawah.
  2. Sebaiknya rendam dalam air suam selama 2-3 jam utuk meningkatkan daya serapan insert
  3. Bilas,spin dan jemur di bawah cahaya matahari. 


Basuhan biasa (penggunaan harian)
  1. Keluarkan insert dari pocket CD.
  2. Buang segala stool ke dalam mangkuk tandas terlebih dahulu sebelum dibasuh.
  3. Pancutkan dengan air yang deras bagi menanggalkan kesan poo pada bahagian fleece.
  4. Bilas CD dan insert yang terkena pee.
  5. masukkan sedikit sabun yang tidak mengandungi pelembut,pewangi @ peluntur. (digalakkan menggunakan sabun yang hanya sesuai untuk lampin bayi sahaja)
  6. Basuh seperti biasa samada menggunakan mesin basuh / basuhan tangan.
  7. Sebaiknya masukkan CD ke dalam laundry net (untuk mesin basuh) untuk menjaga jangka hayat CD anda.
  8. Sidai CD anda di bawah sinar matahari.Pastikan bahagian dalam menghadap cahaya bagi memelihara warna CD agar tidak cepat lusuh.
 
Teknik basuhan (bagi insert yang sudah nampak kekuningan)
  • Rendam insert dalam air panas selama 2-3 jam
  • Atau perahkan sedikit air limau nipis dan biarkan seketika
  • Atau letak sedikit soda bicarbonate yang dicampur dalam air semasa membasuh. 


Teknik ‘Stripping’ (bagi Cloth Diapers yang sudah kurang daya serap)
  • Guna sabun pencuci pinggan yang mempunyai kuasa untuk menanggalkan minyak.
  • Basuh di bahagian dalam dan luar microfleece bagi menghilangkan mendapan sabun dan kotoran-kotoran halus.
  • Teknik 'stripping' CD boleh dilakukan sebulan sekali.
 

Nota Peringatan
  1. Jangan gunakan berus untuk menghilangkan kotoran pada CD anda.
  2. Jangan gunakan ‘softener’ atau ‘bleech’.
  3. Jangan gosok CD atau insert anda.

Thursday, December 10, 2009

Cara-cara menggunakan Cloth diapers


1. Masukkan insert ke dalam pocket CD.
Bahagian dalam pocket CD
 
Insert yang telah dimasukkan ke dalam pocket CD tersebut  
(1 insert boleh tahan sehingga 3-4 jam.Sekiranya pada waktu malam, disyorkan menggunakan 2 insert (tahan sehingga 6-7jam) untuk menyerap lebih banyak kebasahan)  
 
2. Pastikan insert dimasukkan hingga ke hujung CD supaya dapat mengelakkan kebocoran CD
 
 
3. 'Adjust' saiz butang katup mengikut saiz bayi anda.
 
Saiz S - butangkan barisan butang yang pertama (dari bawah) ke barisan butang ke-3        
Saiz M –butangkan barisan butang ke-2 (dari bawah) ke barisan butang ke-3
Saiz L - Tidak perlu dibutangkan 
4. Butangkan bahagian atas mengikut keselesaan bahagian pinggang bayi anda.    
 
Sangat mudah kan..jimat masa dan poket anda…

Tuesday, December 8, 2009

Kenapa Ibu Bapa Perlu Menggunakan ‘Cloth Diapers’


 Para ibu bapa yang dihormati sekalian,

" Tahukah anda bahawa ruam lampin berpunca daripada penggunaan lampin pakai buang?

Dan tahukah juga anda bahawa lampin pakai buang mengandungi bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan bayi anda? "

Adakah anda sedar tentang  semua itu?

Kini setelah melalui inovasi, anda tidak perlu bersusah payah menggunakan lampin kain yang perlu dilipat dan menggunakan pin besar untuk memakainya.
Lampin kain kini direka moden, bergaya,selesa dan sangat mudah digunakan untuk anak anda.

Apa keistimewaannya?

Bayi akan rasa lebih selesa .
Oleh kerana lapisan dalam cloth diaper ini di lapik dengan sejenis kain kapas khas bayi rasa lebih selesa dan kering. Ini berbeza dengan dengan lampin pakai buang yang di perbuat dari bahan sintetik yang mengakibatkan rasa panas , tiada pengudaraan dan merengsa kulit.
 


Tidak membahayakan kesihatan bayi.
Oleh kerana cloth diaper ini di perbuat dari kain, kesihatan bayi anda lebih terjamin kerana lampin kain ini tidak mengandungi bahan kimia .Lampin pakai buang di perbuat dari pulpa( kertas ) yang menghasilkan bahan kimia dan boleh mengancam kesihatan dan nyawa bayi.

 
Cepat kering bila di cuci
Anda tak perlu risau setiap kali anda mencuci lampin kain ini kerana ia mudah kering dan boleh di pakai semula dalam masa 2 jam. Lampin kain ini juga tidak memerlukan pencahayaaan yang berlebihan untuk proses pengeringan.
 

Mudah di pakai dan di ubah suai
Lampin kain ini mudah di ubahsuai mengikut umur bayi kerana ia di jahit bersekali dengan butang . Hanya lekatkan butang dan ubah lampin dari saiz S , M dan L mengikut usia bayi anda. Kesemuanya hanya dengan sehelai lampin kain. Seronokkan?
Anda masih sangsi dengan kelebihan lampin kain ini? Ooops...nanti dulu kerana saya belum habis lagi!  


Bukan itu saja, malah saya dapati......

Ia amat menjimatkan wang anda !
 
    Ramai yang kata satu keping CD ni mahal sangat jika dibandingkan dengan lampin pakai buang.Kalau beli lampin pakai buang dah dapat banyak dengan harga yang sama.Biasanya seorang bayi akan menggunakan lampin sehingga mencapai umur 2 tahun malah ada sehingga umur 3 tahun.

    Jom kita buat pengiraan sikit..

    Katakan anak anda guna 7 keping lampin pakai buang (DD) sehari
    Sekeping DD berharga RM0.50 (secara purata)

    RM0.50 x 7pcs = RM3.50 sehari
    RM3.50 x 365 hari = RM1,277.50 setahun
    RM1,277.50 x 3 tahun = RM3,832.50

    Kos tu hanya untuk seorang anak sahaja.Cuba bayangkan kalau anak ramai..:)
    TAPI kalau guna Cloth Diapers, kosnya Cuma:

    RM35 (Babyland CD)
    Kalau beli 10 keping (jumlah minimum penggunaan sehari)
    RM35 x 10 keping sehari = RM350 
    Kos sebanyak itu cuma untuk 3 tahun..dan ia boleh diwarisi oleh anak-anak yang lain pula.


    Berapa banyak yang anda boleh jimat?? hampir RM3,482.50..dan wang sebanyak itu boleh digunakan untuk perkara yang lain pula..



    Rekaan yang sungguh unik dan moden !
    Tak seperti lampin kain terdahulu, cloth diaper ini tak perlu di lipat seperti lampin kain biasa sebelum di pakai . Ini kerana ia di lengkapkan dengan poket khas untuk di masukkan pelapik atau insert yang menyerap air kencing yang kuat daya serap. Hanya masukkan pelapik kedalam poket khas dan bayi anda sedia untuk menggunakannya.
     

    Warna -warna yang memikat !
    Cloth diaper ini tersedia dalam warna yang terang dan nampak cantik bila di pandang. Bayi anda kelihatan sungguh ' cute' dan tak perlu memakai seluar lain lagi kerana ia sudah kelihatan bergaya dengan cloth diaper rekabentuk moden ini. Warna yang terang juga menyebabkan ia tak mudah cepat kotor dan nampak kusam bila di cuci selalu.
      

    Tak mudah bocor !
    Oleh kerana bahagian luar cloth diaper ini di perbuat dari sejenis bahan kalis air yang di panggil polyutherane (PUL) , ia tak mudah bocor dan membasahkan seluar bayi atau tilam katil anda.



        Wednesday, December 2, 2009

        Kenali Apa itu Cloth Diapers




        (Image Ihsan: greenmomhappymom.com)

        Cloth Diapers aka CD ialah sejenis lampin kain moden yang boleh dibasuh dan digunapakai semula.Ia telah direkabentuk moden dengan menggunakan kain yang lembut, tahan lasak dan mampu menyerap kebasahan.



        Cloth diapers kini mudah digunakan kerana ia direka dengan menggunakan snap button ataupun Velcro.Ia lebih menjimatkan masa dan mudah dipakai.
        Bahagian luar lampin diperbuat daripada PUL (Polyurethane Laminate).Ianya kalis air ,mengelakkan kebasahan dari dalam ‘insert’ ke bahagian luar lampin.
        Bahagian dalam lampin diperbuat daripada microfleece iaitu fabrik yang lembut agar bayi sentiasa kering dan selesa.



        Cloth diapers ini dilengkapi dengan butang katup yang boleh diubah saiz dari S,M dan L. (berat bayi bermula 3kg hingga 13kg)




        Insert yang akan dimasukkan ke dalam cloth diaper/pocket pant.Ia diperbuat daripada 3 lapisan Microfiber yang mampu menyerap kebasahan.Jangan sesekali meletakkan insert secara terus ke punggung bayi kerana kuasa penyerapan yang kuat boleh menyebabkan alahan kepada kulit bayi.


        Related Posts with Thumbnails

        ORDER FORM

        Nama Penuh:
        Alamat Email:
        No.Telefon:
        Alamat Penghantaran:
        ITEM:
        Detail order (kuantiti/size/warna/kod item)
        Cara pembayaran
        Kaedah Penghantaran: Pos Laju E-Parcel Cash on delivery (selected area only)
        Saya bersetuju dengan T&C pembelian D'Rayyan Haus. Setuju
        Get your own free form like this one.

        Pelawat setia

        FEEDJIT Live Traffic Feed